BUKA AKAUN FIXED DEPOSIT

 BUKA AKAUN FIXED DEPOSIT


Kita orang bisnes, kita mesti mempunyai simpanan tetap atau fixed deposit. Tak boleh tak ada, kena ada. 


Banyak manfaatnya untuk bisnes kita apabila kita simpan duit dalam fixed deposit.


Daftarkan bisnes kita SSM. Kemudian buka akaun semasa di bank atas nama bisnes kita itu.



Di bank yang sama, kita buka akaun simpanan tetap. 


Ada bank boleh mula buka simpanan tetap dengan RM500 sahaja.


Tiap-tiap bulan tokok jumlah simpanan tetap itu. Caranya sangat mudah, kita boleh transfer duit dari akaun semasa ke akaun simpanan tetap.


Pengurus bank sangat suka apabila kita mempunyai akaun simpanan tetap. Dia akan call kita dan hendak jumpa kita. Dia akan tawarkan pelbagai kemudahan untuk bantu kita kembangkan bisnes.


Katakanlah, kita sudah mempunyai RM5k dalam simpanan tetap, bank boleh beri kita kemudahan RM10k. 


Itulah cara mudah kita menokok modal bisnes kita. Kita simpan RM5k, bank boleh beri RM10k. 


Lebih banyak simpanan dalam fixed deposit, lebih banyak bank boleh beri kemudahan.


Kemudahan yang paling berguna untuk kita peniaga kecil adalah kemudahan overdraft. 


Bank benarkan kita keluarkan duit lebih daripada duit baki yang ada dalam akaun. 


Kita orang bisnes, bila-bila masa kita perlu buat bayaran, kita tidak risau sebab kita ada overdraft.

Comments

Popular posts from this blog

πŸ˜… GIRL DRUNK CEO

πŸ˜… ROBERT KIYOSKYI BIT COIN